Followers

Monday, December 31, 2012

TAHUN BARU 2013



haaachooommmmm !! ( amek towel lap2 hidung ) ape la berabuk sangat blog ni, ni dah berapa kurun kau tinggalkan blog tanpa berupdate ni cira oi? 





huk huk.. ( batuk betulkan suara kejap) Assalammualaikum pembuka bicara..

(gambar hiasan semata-mata)




cakap pasal tahun baru 2013, siapa yang tak ada azam, semua sibuk duk main kejar2 marathon pas-pas batton nak buat azam baru, azam lama yang tak tercapai dikuburkan terus..begitu juga diri aku yang kerdil ini..di laman sosial seperti di twider ( sebut slang omputeh ) aku duk sibuk cakap tak ada azam, malas nak buat azam, azam sama je setiap tahun, berazam nak curik hati syamsul yusof, nak tiba2 syamsul yusof tersalah dail nombor telefon lepas tu terus tertelefon aku dan tiba2 jatuh cinta..( oh angan2 besar )





tapi sebenarnya jauh dilubuk hati ni, ada satu niat yang paling sukar dilaksanakan kerana nafsu duniawi, godaan iblis, dan hasutan manusia bertopengkan syaitonirajimmm..tapi keinginan melonjak2, ingin melawan semua halangan yang berusaha menguburkan impian..





impian seorang hamba yang kerdil di dunia yang sementara ini untuk berubah menjadi lebih baik, solehah dan menyeimbangkan soal duniawi dan akhirat..bila direnung semula, sedih, mengalir airmata bila mengenangkan dosa2 yang pernah dilakukan akibat sifat lalai, alpa, dan leka dengan syurga dunia..





perubahan kecil sudah dilakukan sedikit demi sedikit, daripada tidak menutup aurat, ku sarungkan hijab, menutup daripada pandangan manusia yang tidak sepatutnya, lengan baju yang pendek ku labuhkan hingga panas duniawi membelenggu diri, tudung ku labuhkan sedikit demi sedikit, tutur kata ku susun dan diungkap dengan penuh sopan..




tapi aku belum mampu menyeimbangkan semuanya, solat aku tidak terjaga, cacatnya seorang muslimah..duniawi masih memerangkap jiwa ini, aku belum dapat lolos dari perangkap dan penjara dunia..jadi pada tahun baru 2013 aku harapkan semuanya indah.. azam untuk berubah, disertakan niat untuk berhijrah..





doa semua aku harapkan :) semoga dipertemukan hidayah, dan menjadi muslimah sejati untuk kekasih hati yang paling dikasihi..Ya Rab


amin..pemudahkan urusanku






lots of love : cira nd

1 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

Où est un bon endroit pour démarrer un site Web d'entreprise à un prix très bas?