Followers

Saturday, January 26, 2013

kosong dan hilang



Assalammualaikum 


semalam Kamal Adli ( bukan nama sebenar ) tanya aku "aktif lagi ke berblog?" .. ape aku nak cakap? nak cakap aktif memang aku tak aktif sangat, nak cakap tak aktif last updated before entry ni time tahun baru 2013..



banyak entries dari 3 tahun sebelum ni aku dah delete.. aku hanya tinggalkan satu entry yang di updated di awal tahun 2013..sebenarnya terlalu sayang nak delete blog ni, mungkin suatu hari nanti ia berguna bagi diri sendiri..



memang tak dapat dinafikan, blogger-blogger yang beranak kan blognya time sama-sama kira satu batch dulu dah pencen.. ramai.. kalau tak pencen pun, jadi macam aku, lama sangat tak update..kadangkala ada kesempatan tapi tak ada idea nak update apa, kadang-kadang ada idea tapi tak ada kesempatan.. dan yang sama waktu dengannya..



ada sesetengah orang menyalahgunakan laman blog untuk menyebarkan fitnah, berita yang tidak sahih dan sebagainya, oleh itu aku kurangkan untuk update blog..bimbang tersalah tulis sesuatu yang mungkin boleh terguris atau mendatangkan fikiran negatif terhadap semua orang..



jadi kalau nak di ikutkan aku masih lagi seorang blogger yang tak berapa tegar.. boleh lah kiranya kalian mengiktiraf aku sebagai seorang penulis biskut.. kejap ada kejap tiada.. (ah ini semua poyo )



segala penulisan perlu diteliti terlebih dahulu..
tiada lagi penulisan budak belasan tahun..
tiada lagi syok sendiri..
yang tinggal kini hanya penulisan CIRA ND..
seorang yang sedang keliru untuk meninggalkan alam remaja dan bersedia untuk melangkah ke tingkat seterusnya yang mana digelar dewasa..



sekian sahaja entry kali ini.. jika ada masa terluang, jika syamsul yusof izinkan (tiba-tiba), akan aku coretkan karangan di kertas maya ini ( ayat aku ini semua poyo )


Assalammualaikum

Monday, December 31, 2012

TAHUN BARU 2013



haaachooommmmm !! ( amek towel lap2 hidung ) ape la berabuk sangat blog ni, ni dah berapa kurun kau tinggalkan blog tanpa berupdate ni cira oi? 





huk huk.. ( batuk betulkan suara kejap) Assalammualaikum pembuka bicara..

(gambar hiasan semata-mata)




cakap pasal tahun baru 2013, siapa yang tak ada azam, semua sibuk duk main kejar2 marathon pas-pas batton nak buat azam baru, azam lama yang tak tercapai dikuburkan terus..begitu juga diri aku yang kerdil ini..di laman sosial seperti di twider ( sebut slang omputeh ) aku duk sibuk cakap tak ada azam, malas nak buat azam, azam sama je setiap tahun, berazam nak curik hati syamsul yusof, nak tiba2 syamsul yusof tersalah dail nombor telefon lepas tu terus tertelefon aku dan tiba2 jatuh cinta..( oh angan2 besar )





tapi sebenarnya jauh dilubuk hati ni, ada satu niat yang paling sukar dilaksanakan kerana nafsu duniawi, godaan iblis, dan hasutan manusia bertopengkan syaitonirajimmm..tapi keinginan melonjak2, ingin melawan semua halangan yang berusaha menguburkan impian..





impian seorang hamba yang kerdil di dunia yang sementara ini untuk berubah menjadi lebih baik, solehah dan menyeimbangkan soal duniawi dan akhirat..bila direnung semula, sedih, mengalir airmata bila mengenangkan dosa2 yang pernah dilakukan akibat sifat lalai, alpa, dan leka dengan syurga dunia..





perubahan kecil sudah dilakukan sedikit demi sedikit, daripada tidak menutup aurat, ku sarungkan hijab, menutup daripada pandangan manusia yang tidak sepatutnya, lengan baju yang pendek ku labuhkan hingga panas duniawi membelenggu diri, tudung ku labuhkan sedikit demi sedikit, tutur kata ku susun dan diungkap dengan penuh sopan..




tapi aku belum mampu menyeimbangkan semuanya, solat aku tidak terjaga, cacatnya seorang muslimah..duniawi masih memerangkap jiwa ini, aku belum dapat lolos dari perangkap dan penjara dunia..jadi pada tahun baru 2013 aku harapkan semuanya indah.. azam untuk berubah, disertakan niat untuk berhijrah..





doa semua aku harapkan :) semoga dipertemukan hidayah, dan menjadi muslimah sejati untuk kekasih hati yang paling dikasihi..Ya Rab


amin..pemudahkan urusanku






lots of love : cira nd